TAWARAN TERKINI

LAWATAN PERCUMA KE IBU PEJABAT ORGANISASI KOPERASI CHINA, BEIJING .. FEB 2012, HUBUNGI 0192790121

HTML code

Thursday, 20 October 2011

PROFAIL & FOKUS

PROFAIL

Koperasi Keluarga Malaysia Berhad atau rengkasnya KoKeluarga ditubuhkan oleh Kelab Keluarga & Masyarakat Malaysia atau rengkasnya KKMM. Penubuhan koperasi ini berdasarkan matlamat jangkapanjang KKMM iaitu mempertingkatkan ekonomi ahli-ahli KKMM. Persetujuan penubuhan koperasi KoKeluarga ini dicapai melalui mesyuarat agung KKMM ke 6 tahun 2007yang telah diadakan pada 9 Disember 2007 di The Pine Resort, Bukit Fraser's, Pahang. Susulan dari cadangan itu beberapa tindakan telah diambil saperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia termasuklah mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi yang telah diadakan pada 11 Oktober 2008 di Pusat Belia Antrabangsa, IYC, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

PENDAFTARAN KOKELUARGA

KoKeluarga telah dilulus dan didaftarkan oleh SKM pada 28 April 2009. Nombor pendaftaran ialah W-6-0519

KEAHLIAN ANGKASA

KoKeluarga telah memohon dan diluluskan menjadi ahli Angkasa pada 1 Julai 2009. Nombor pendaftaran ialah WP 0333.

FOKUS PERNIAGAAN KOKELUARGA

KoKeluarga saperti dalam undang-undang kecil fokus utama perniagaanya ialah dalam bidang perkhidmatan. KoKeluarga akan mengfokus kepada perkhidmatan sektor pelancongan, logistik, pengurusan acara dalam dan luar negeri, latihan dll. Antara sasaran dan fokus perniagaan saperti berikut:

Tahun Pertama & seterusnya:
Menjual pakej pelancongan dalam dan luar negeri, pakej umrah, tiket penerbangan, tempahan hotel dll. Skim bayaran mudah pelancongan untuk kakitangan kerajaan & GLC dengan potongan gaji melalui Angkasa akan diberi keutamaan.

Tahun Kedua & serterusnya:
Perniagaan pengurusan hotel, chalet, hotel bajet, penubuhan institut pelancongan, permit teksi/van persiaran, restoran pelancongan, kedai peralatan & cenderamata pelancongan dll.

Tahun Ketiga & seterusnya:
Pembelian harta pelancongan, tanah untuk pelancongan, bangunan, hotel/chalet bajet, pengurusan dan penyewaan chater flight dll
PENGERUSI 
KOPERASI KELUARGA MALAYSIA BERHAD

Monday, 17 October 2011

DAIRI PENGERUSI

SEPTEMBER 2011

07 Sept - Berlepas ke Manchester, UK melalui Dubai.
10 Sept - Ke Birmingham dan Coventry, sembahyang jumaat di Coventry
11 Sept - Ke Malaysia Hall, London, bermalam di Berjaya Edan hotel, London
20 Sept - Ke Dublin
30 Sept - Berlepas dari London ke KLIA flight MAS MH 001, Seat No. 11A upperdeck

OKTOBER 2011

17 Okt - Menghadiri kursus di MKM, 3 hari sahingga 19 Okt
22 Okt - Jam 10 pagi mempengerusikan mesyuarat ALK di IYC, Cheras
22 Okt - Jam 2 ptg mengendalikan Bengkel pengurusan & perancangan KoKeluarga

NOVEMBER 2011

11 Nov - Menghadiri kursus Angkasa WPKL di Langkawi hingga 13 Nov
13 Nov - Melawat ahli Koperasi di Jitra, Kedah