PROFAIL
Koperasi Keluarga Malaysia Berhad atau rengkasnya KoKeluarga ditubuhkan oleh Kelab Keluarga & Masyarakat Malaysia atau rengkasnya KKMM. Penubuhan koperasi ini berdasarkan matlamat jangkapanjang KKMM iaitu mempertingkatkan ekonomi ahli-ahli KKMM. Persetujuan penubuhan koperasi KoKeluarga ini dicapai melalui mesyuarat agung KKMM ke 6 tahun 2007yang telah diadakan pada 9 Disember 2007 di The Pine Resort, Bukit Fraser's, Pahang. Susulan dari cadangan itu beberapa tindakan telah diambil saperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia termasuklah mengadakan mesyuarat agung permulaan koperasi yang telah diadakan pada 11 Oktober 2008 di Pusat Belia Antrabangsa, IYC, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
PENDAFTARAN KOKELUARGA
KoKeluarga telah dilulus dan didaftarkan oleh SKM pada 28 April 2009. Nombor pendaftaran ialah W-6-0519
KEAHLIAN ANGKASA
KoKeluarga telah memohon dan diluluskan menjadi ahli Angkasa pada 1 Julai 2009. Nombor pendaftaran ialah WP 0333.
FOKUS PERNIAGAAN KOKELUARGA
KoKeluarga saperti dalam undang-undang kecil fokus utama perniagaanya ialah dalam bidang perkhidmatan. KoKeluarga akan mengfokus kepada perkhidmatan sektor pelancongan, logistik, pengurusan acara dalam dan luar negeri, latihan dll. Antara sasaran dan fokus perniagaan saperti berikut:
Tahun Pertama & seterusnya:
Menjual pakej pelancongan dalam dan luar negeri, pakej umrah, tiket penerbangan, tempahan hotel dll. Skim bayaran mudah pelancongan untuk kakitangan kerajaan & GLC dengan potongan gaji melalui Angkasa akan diberi keutamaan.
Tahun Kedua & serterusnya:
Perniagaan pengurusan hotel, chalet, hotel bajet, penubuhan institut pelancongan, permit teksi/van persiaran, restoran pelancongan, kedai peralatan & cenderamata pelancongan dll.
Tahun Ketiga & seterusnya:
Pembelian harta pelancongan, tanah untuk pelancongan, bangunan, hotel/chalet bajet, pengurusan dan penyewaan chater flight dll
No comments:
Post a Comment